MIMPI ATIQA


WASIAT yang dibacakan oleh penguam arwah papa buat Allif panas hati. Meluap-luap kemarahan di dalam hatinya. Dia renung tajam peguam yang berwajah tenang itu. Tidak ada secalit senyuman di bibir Allif. Wajahnya panas membahang meskipun bilik itu ada air-cond.

            “Kenapa perlu ada syarat dalam wasiat arwah papa?” suara Allif.
            “Saya hanya menurut permintaan yang dibuat oleh arwah ayah Encik Allif. Harta arwah ayah Encik Allif akan diwarisi oleh Encik Allif sekiranya Encik Allif berkahwin dan menjaga Atiqa anak angkat arwah ayah encik.” Peguam muda itu menerangkan syarat yang terkandung dalam surat wasiat itu. Allif gigit bibir. Mengapa hukuman ini yang arwah papa berikan berikan kepada dia.
            “Kenapa saya perlu berkahwin dengan anak orang gaji papa? Nonsense!" bentak Allif Iman. Dia alihkan pandangan pada Atiqa yang turut dipinta hadir bersama mendengar wasiat terbabit. Atiqa turut juga terkejut dengan kandungan wasiat arwah ayah angkatnya.
"Bagaimana jika saya menolak?"
            “Jika Encik Allif menolak maka seluruh harta arwah akan diwakafkan.” terkedu Allif Iman mendengarnya.
            “Syarat apa yang kejam ini untuk anak sendiri.”

*********************************************************************
ATIQA bermain-main dengan pen ditangannya. Fikiran Atiqa tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dengan pelajaran di kelas. Wasiat arwah ayah angkatnya membebankan fikiran Atiqa. Haruskah dia mengikut permintaan wasiat terbabit? Lily Atiqa menjadi buntu. Dia sendiri tidak menduga akan jadi begini! Aliff sudah kian tarik muka masam kepadanya. Dari dulu mereka tidak bertegur sapa. Allif sememangnya memusuhi dia.
"Atiqaaaaaa!!!" Atiqa terkejut dari lamunan bila namanya dipanggil. Pantas dia berdiri. Semua pelajar-pelajar di dewan kuliah itu mengalih pandang ke arahnya. Atiqa malu sendiri.
            “Kalau awak tak nak ikuti kelas saya sila keluar! Saya tidak suka pelajar saya berangan di dalam kelas saya!” lantang sekali suara Puan Emily.
            “Maaf puan.”
Dengan langkah longlai Atiqa melangkah masuk ke biliknya. Wajahnya tidak seceria seperti selalu. Kusam dan muram. Perubahan Atiqa disedari teman serumahnya, Junaidah. Junaidah bingkas bangun menuruti langkah temannya itu. Junaidah mengetuk pintu bilik Atiqa.
“Masuklah…”
Cembul pintu bilik itu dipulas. Atiqa kelihatan sedang duduk di bucu katil. Tudung berwarna pink masih terlekat di kepala gadis itu.
“Kau ada ke masalah Tiqa?” Junaidah duduk di sisi Atiqa. Di paut bahu temannya itu lembut. Atiqa mengeluh kecil.
“Kau pun tahu masalah aku Jun. Tak tenang hidup aku dibuatnya.”
“Pasal wasiat arwah ayah angkat kau itu ke? Kau nak menurut ke wasiat tu Tiqa. Aku tengok Allif itu pun naik bulu roma aku tau. Muka saja kacak tapi sombong nak mampus. Dia kan selalu buli kau masa kecil dulu.” Boleh dikatakan satu kampus mengenali Allif model popular itu. Mukanya sering kali terpapar di ruang papan iklan dan kaca televisyen.
“Aku serba salah Jun. Arwah ayah angkat aku banyak membantu aku sejak ibu aku meninggal. Dia tidak pernah menganggap aku nak orang gajinya. Pening kepala aku Jun.”
“Aku pun tak tahu nak tolong kau macam mana Tiqa. Kau cubalah berbincang dengan Allif dulu. Just aku tak nak kau buat keputusan terburu-buru. Ini melibatkan masa depan kau Tiqa.”
Ada benarnya kata-kata Junaidah itu. Lebih baik dia berbincang dengan Allif. Tapi beranikah dia menatap wajah lelaki yang suatu ketika dulu sering menyakitkan hatinya.

*********************************************************************
WAJAH kacak Allif menjadi tatapan mata  Atiqa. Ketara sekali perubahan pada lelaki berusia 25 tahun itu. Jika dulu Allif bertubuh gempal dan comot kini dia bertubuh tegap dan segak. Mana-mana gadis yang melihatnya pasti terpikat. Berdebar-debar hati Atiqa. Dia tahu Allif tidak sukakan dia. Bencikan dia kerana merampas kasih sayang papa dan mamanya.
            Ketika berusia 18 tahun kerana sedikit salah faham Allif bertindak melarikan diri dari rumah. Hidup dengan dunianya sendiri. Namun Atiqa kagum kerana Allif mampu berdikari. Atiqa hanya terkilan dengan sikap keras hati Allif yang tidak mahu menjenguk ibu bapanya. Kesian pada ibunya yang sering merindui dia. Atiqa tempat dia menumpang kasih seorang anak.
            “Abang Allif…”
            “Siapa abang kau! Kau tak layak panggil aku abang!” Allif meninggikan suaranya. Atiqa menelan air liur.
            “Maaf Encik Allif. Sebenarnya tujuan saya berjumpa dengan encik ini kerana pasal surat wasiat arwah ayah encik itu. Saya….”
            “Aku tidak akan berkahwin dengan anak orang gaji yang tidak sedar diri macam kau. Kau jangan bermimpilah. Aku tidak kisah jika harta arwah papa diwakafkan daripada aku berkahwin dengan kau!” Allif memintas. Dia bingkas bangun meninggalkan Atiqa.
            Atiqa mengurut dada. Bersabar saja dengan sikap baran Allif. Belum habis dia berbicara terus dipintas. Dia pun tidak kebulur berlakikan lelaki yang ego seperti Aliff Iman. Niat Lily Atiqa hanya ingin menjernihkan perhubungan antara mereka. Yang nyata perbincangan hari ini tidak menjadi.

*********************************************************************
"Tiada apa-apalah tu mak cik. Encik Allif mungkin kepenatan saja." Atiqa cuba menenangkan hati Mek Yam orang gaji di rumah Allif. Tengahari begini Mek Yam menelefon memberitahu Allif tidak keluar bilik dari malam tadi. Mujur saja kuliahnya sudah tamat.
“Makcik risaulah Tiqa. Selalunya awal subuh lagi dia sudah bangun. Encik Allif macam arwah Datuk…bukan jenis liat bangun pagi. Selepas solat Subuh sahaja dia akan berjogging sebelum bersarapan dan pergi bekerja.”
            "Pelik." Atiqa mengusap-usap dagunya. “Beginilah makcik. Tiqa akan sampai ke sana dalam masa setengah jam.” Tidak lama kemudian Atiqa mematikan talian telefon bimbitnya. Dia mengerutkan dahi.
Bergegas Atiqa naik ke anak tangga sebaik saja dijemput masuk oleh Mek Yam. Dia ketuk pintu bilik Allif berkali-kali. Atiqa memanggil-manggil nama Allif. Tidak bersahut. Atiqa mengetuk lagi pintu bilik tersebut. Kali ini dengan lebih kuat. Mek Yam turut membantu Atiqa. Nama Allif dipanggil lagi. Wajah Atiqa dan Mek Yam tampak risau. Berapa ketika kemudian pintu bilik itu terkuak. Wajah pucat Allif tersembul di muka pintu.
Terkejut Atiqa dan Mek Yam.
            "Apa yang yang terjerit-jerit di luar bilik Allif ni!" Allif  melenting dalam keadaan lemah. Dia memicit-micit dahinya. Berat sungguh kepalanya hari ini. Seluruh tubuhnya terasa sengal-sengal. Semalam dia kebasahan ditimpa hujan ketika bermain bola bersama teman-temannya.
            "Panasnya….Encik Allif demam ni." Atiqa terus saja melekapkan tangan ke dahi Allif.
            "Siapa suruh kau ke mari. Tak perlu kau nak sibuk-sibuk hal aku!" Allif  menepis tangan Atiqa. "Aku boleh take care diiiiiii…" Allif Iman terjelepuk atas lantai.
            "Encik Alliffffffff!!!" sayup-sayup kedengaran suara Atiqa bersilih ganti dengan suara Mek Yam. Kemudian Allif Iman tidak ingat apa-apa lagi.

*********************************************************************

WAJAH cemas dan prihatin Atiqa terbayang di ruang mata Aliff. Gadis itu yang menjaganya ketika dia terlantar sakit. Saban hari Atiqa melawat keadaan dirinya. Malah sering dia lihat wajah Atiqa dibasahi dengan air mata. Kalau dia tidak mahu makan lagilah gadis itu bersedih.
            “Encik Allif janganlah mati. Tiqa sayangkan Encik Allif. Tiqa tiada sesiapa di dunia ini melainkan Encik Allif. Dulu ibu Tiqa pun demam begini lepas itu ibu tidak bangun-bangun lagi.” Kata-kata Atiqa itu masih segar dalam ingatan Allif. Dia rasa hiba dan terharu. Allif mula merindui wajah ayu dan lesung pipit gadis itu. Dia tersenyum sendiri.
            “Atiqa….”
Bunyi telefon bimbitnya mengejutkan Allif. Allif mengerutkan dahi. Mengapa pula Mek Yam telefon dia pada waktu begini.
"Hello makcik…ya, saya masih dalam bilik fotografi…kenapa ya?" cemas semacam suara Mek Yam. Harap-harap tidak adalah perkara buruk berlaku.     
"Encik Allif…cepat ke rumah Atiqa! Atiqa…diaaaa…." tersekat-sekat suara Mek Yam. Sedaya-upaya menerangkan apa yang terjadi kepada Atiqa.
            "Apa? Rumah sewa Atiqa terbakar. Atiqa…Mek Yam…" Talian telefon terputus. Allif Iman meluru keluar dari bilik fotografi tanpa berkata apa-apa. Tercengang-cengang jurufoto yang berada di situ.
            “You nak ke mana Allif?” Encik Haroun menahan di pertengahan jalan.
            “I kena pergi. Rumah Atiqa terbakar. I tidak dapat menerangkan sekarang. Kita jumpa kemudian.” Allif terus berlalu. Encik Haroun termangu seketika. Siapa Atiqa? Dia tertanya-tanya.

*********************************************************************
ALLIF meluru ke arah salah seorang anggota polis yang sedang bertugas. Dia tidak menghiraukan keadaan yang hingar-bingar itu. Bomba masih sibuk memandamkan sisa-sisa api yang masih menyala. Beberapa rumah teres itu hangus terbakar termasuklah rumah sewa Atiqa. Apa yang penting adalah keselamatan Atiqa. Dalam hati dia berdoa agar Atiqa tidak ditimpa musibah.
            “Boleh saya tahu di mana gadis bernama Atiqa dan teman serumahnya sekarang?” soal pada salah seorang polis terbabit.
            "Gadis yang bernama Atiqa dan teman serumahnya itu. Ambulans dah bawa mereka ke hospital.”
            Serta-merta Allif bertolak ke hospital. Hatinya amat cemas. Dia bimbangkan keadaan Atiqa. Ya ALLAH…jangan apa-apa berlaku kepada Atiqa. Dia banyak menyusahkan dan menyakiti hati Atiqa. Bagilah dia menebus kesalahannya itu.
            Allif menghampiri dua jururawat yang bertugas kaunter pertanyaan. Jantungnya berdengup kencang.
            “Maaf cik. Ada tak mangsa kebakaran yang baru dimasukkan ke hospital itu. Nama dia Atiqa Abdul Aziz.”
            “Atiqa…dia ada di sana.” Jururawat itu menundingkan jari ke arah pintu lif yang sedang terbuka. Allif Iman memalingkan tubuhnya. Bagaikan luruh jantungnya bila melihat katil beroda yang ditutup dengan selimut putih. Seorang pekerja hospital sedang menolaknya.
            “Kesian gadis ini tidak dapat diselamatkan. Seluruh tubuhnya hampir seratus peratus terbakar.” Perbualan antara dua pekerja hospital itu jelas kedengaran.
            Tak mungkin! Atiqa….Allif terus berdiri kaku di situ.
            “Encik Allif….Encik Allif buat apa di sini.” suara gemersik halus itu menusuk ke lubang telinga Allif. Semakin pantas denyupan jantungnya. Allif memusingkan badannya. Wajah ayu Atiqa jelas dalam ruang mata Allif. Kepala dan tangan kiri gadis itu berbalut putih.
            Atiqa mengawang-awangkan tangan ke muka Allif. “Awak okay ke Encik Allif?” Di sisinya Mek Yam dan Junaidah turut tersenyum. “Mek Yam informs pada Encik Allif ya.” sambung Atiqa lagi. Jika tidak bagaimana Alif tahu dia berada di hospital.
            “Atiqaaaaaaaaa!!!!!” Allif pantas memeluk tubuh Lily Atiqa. Dia sudah takut separuh mati. “Jangan tinggalkan Allif. Allif sayangkan Atiqa. Maafkan Allif….Atiqa.” Allif meluahkan isis hati yang terpendam. Atiqa tersentak.  Bermimpikah dia?
            Allif meleraikan pelukan bila menyedari pandangan mata Mek Yam dan Junaidah. Dia menyapu air mata yang mengalir. Rasa malu menangis di hadapan tiga wanita itu. Atiqa hanya tersenyum.

*********************************************************************
ALLIF menyambut huluran tangan Tok Kadi. Sekali lafaz sahaja Atiqa sah menjadi isterinya. Allif melangkah masuk ke bilik pengantin perempuan untuk upacara batal air sembahyang. Cincin di sarungkan pada jari manis Atiqa. Kemudian di kucup dahi Atiqa yang sudah sah isterinya itu.
            “I love sayang…” bisik Allif ke telinga Atiqa. Atiqa tersenyum malu. Perkahwinan ini bukan sekadar menunaikan wasiat dari arwah ayah angkat Atiqa semata-mata. Perkahwinan ini juga atas dasar cinta yang hadir dalam hati Atiqa dan Allif.

Tamat.


0 ulasan:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates