Pusara Di lebuh Raya

 “I cintakan Bella. I paling layak memiliki Bella. You setuju bukan dengan kata-kata I, Riki?” Fiq memeluk bahu Riki. Riki anggukkan kepala dan tersenyum. Mereka berdua meminati gadis yang sama. Sayangnya Riki bukan lelaki jenis berterus-terang meluahkan perasaan seperti Fiq. Dia seorang yang suka memendam perasaan. Dia beralah dengan Fiq apabila mengetahui Fiq amat menyukai Isabella. Dia berikan laluan kepada Fiq untuk memikat hati Isabella.
Isabella gadis idaman lelaki di pejabat ini. Isabella juga adalah sahabat baik dengan Fiq. Dia gadis yang lemah lembut dan baik hati. Isabella tidak memilih teman untuk dengan bersahabat. Layakkah dia digandingkan dengan gadis secantik Isabella. Dia seorang kaki lumba yang sentiasa menunjukkan kehebatan dia lebuh raya. Puas Fiq dan Isabella menasihati sikap suka berlumbanya itu. Jelas kegelisahan terpacar di wajah Isabella setiap kali dia menyertai perlumbaan haram di malam hari.
            “Apa yang you berdua umpat tentang I.” Isabella menepuk kedua bahu jejaka kacak itu. Riki ketawa sambil menggarukan kepala. Bila masa pula Isabella berada di belakang mereka. Fiq hanya tersengih. Lagak machonya itu sering meruntun hati gadis-gadis di sini.
            “Riki selalu umpat tentang you. Dia kata hari ini make-up you macam badut sarkas.” suara Fiq.
            “What? I mana pernah cakap macam itulah.” gerutu Riki.
            “Riki!” Isabella mencebik. Dia pukul lengan sasa Riki berkali-kali. Fiq ketawa melihat telatah Isabella. Gadis itu tetap cantik ketika dalam keadaan marah.
            Riki tidak boleh tahan. Dia pantas meloloskan dari Isabella.
            “Malam ini you berdua free tak?” soal Isabella. 
            “I sentiasa free…tapi tahulah pulak dengan mamat seorang ini.” Fiq muncungkan mulutnya ke arah Riki. Riki jongket bahu.
            “I ada perlumbaan malam ini.” ujar Riki. Bertambah cemberut wajah Isabella. Isabella tidak suka kalau Riki menyebut tentang perlumbaan. Dia amat takut jika sesuatu menimpa Riki kelak. Dia sayangkan Riki seperti mana dia sayangkan Fiq. Mereka bertiga akrab sejak belajar di universiti lagi. Kini mereka bekerja di bawah satu bumbung.
            “Fiq boleh temankan you.” sambung Riki lagi.
            Isabella mencebik. Mengapa mesti Fiq sahaja yang perlu temankan dia?
            Riki memang memberikan peluang untuk Fiq berdua-duaan dengan Isabella. Fiq mengenyitkan matanya. ‘Thanks Riki’ gerak bibir Fiq mengatakan pada Riki.
            “Kebelakangan ini you seperti melarikan diri dari I. I ada buat salah pada you ke?” soal Isabella. Dia tidak puas hati dengan sikap Riki. Riki selalu membiarkan dia berduaan bersama Fiq. Bagaikan sengaja Riki berbuat demikian. Riki mahu rapatkan hubungan dia dengan Fiq. Isabella cuba membuang prasangkanya itu.
            “Eh! Tidaklah…untuk apa I nak melarikan diri dari perempuan cantik macam you. You bukannya makan I pun.” desis Riki.
            “Riki!” Sekali lagi Isabella meninggikan suaranya.
            Itu yang dia suka tentang Riki. Riki seorang yang ceria dan suka bergurau berbanding dengan Fiq yang sentiasa tampak cool dan segak. Fiq lelaki yang cukup romantis dan sering memberikan kejutan kepada Isabella dengan jambangan bunganya di waktu pagi dan pada malamnya mereka akan keluar makan bersama. Riki pula tidak ada jambangan bunga atau makan malam yang istimewa. Dia hanya suka memberikan Isabella sebungkus coklat yang akan diletakkan atas mejanya. Riki menjadikan Isabella seorang penggemar coklat.
            Riki lelaki yang simple tetapi cukup menarik perhatian Isabella. Berada di sisi Riki…dia terasa dilindungi. Gelagat nakal Riki sering mencuit hati wanita Isabella. Tanpa sedar Isabella telah jatuh cinta dengan Riki.
            “Ingat! Esok ulang tahu persahabatan kita. You jangan lewat seperti tahun-tahun lepas.” Isabella memberikan peringatan. Pernah juga Riki tidak hadir dalam majlis ulang tahun tersebut gara-gara lumba haramnya. Entah bila Riki akan behenti dari telibat dengan aktiviti tidak sihat. Berbuih mulut Isabella membebel berkenaan hobi yang tidak berfaedah itu. Kata orang masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
            “Okay! I akan setkan dalam kepala otak I. I nak keluar sekejap.”
            “Ke mana?” Isabella mengerutkan dahi.
            “Dia nak merokoklah tu.” Fiq bersuara sebelum Riki membuka mulut. Riki tersengih, Isabella membulatkan biji matanya.
            “Riki! You kata you nak behenti merokok. You sudah berjanji dengan I!” Isabella mula membebel. Riki menekup kedua belah telinganya. Isabella kalau sudah membebel tidak akan ada hentinya. Dia berjalan keluar diekori oleh Isabella. Fiq sekadar menjongket bahu. Pasti telinga Riki akan kena tarik dengan Isabella. Fiq turut menuruti langkah kedua sahabat baiknya itu.

YOU’RE late Riki!” Isabella tarik muka masam. Jam ditangan dia tunjukkan kepada Riki. Riki tidak menepati masa.
            Riki tersengih sambil mengarukan kepala yang tidak gatal. Dia tidak sepatutnya lewat pada hari ulang tahun persahabatan mereka. Fiq memaut leher Riki lalu menumbuk perutnya perlahan.
            “You buat puteri kita berduka. You harus didenda.” ujar Fiq.
            “Denda! No! Setiap tahun I yang pasti kena denda dari you all.” Dia melepaskan diri dari pautan tangan Fiq.
            “Siapa yang suka datang lewat kalau bukan you, Riki.” Isabella mengetuk kepala Riki. Riki menyeringai.
            “Okay-okaylah I yang salah. Apa dendanya?”
            Isabella dan Fiq saling berpandangan. Mereka melirik senyuman di bibir. Keduanya saling berbisik-bisik dengan teman yang lain. Semuanya tersenyum sambil menganggukkan kepala.
            “You kena nyanyikan lagu untuk kami semua mengikut giliran. I adalah orang yang pertama.” Isabella menyatakan denda yang dikenakan untuk Riki.
            Riki menepuk dahi.
            “I tahu dia punya suara yang lunak merdu.” tambah Fiq. Yang lain menyokong kata-kata Fiq. Mereka mula bersorak.
            Isabella mengangkatkan keningnya. Dia tahu Riki pandai menyanyi. Riki pernah masuk pertandingan band berkumpulan di kolej dulu. Dia menang tempat pertama lagi. Lagu yang Riki bawakan dituju khas buat Isabella ketika itu. Isabella merindui saat-saat manis mereka. Paling lucu, Riki menghadiahkan sebakul coklat ketika hari lahirnya.
            “Isabella…”
            “Ya. I mahu you nyanyikan lagu itu untuk I.” Isabella menyerahkan mikrofon kepada Riki. Riki buat muka. Sekali lagi kepala Riki menjadi mangsa ketukkan Isabella.
            “Ehemm…ehemm…” Riki berdehem kecil. Dia longgarkan sedikit kolar kemeja yang dipakainya.

Isabella adalah
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah...

Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta

Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan...

Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella....

            Lunak suara Riki buat teman yang terpegun. Tidak mereka ketahui rakan mereka ini mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Riki menerima tepukkan gemuruh dari teman-temannya terutama dari Isabella. Dia bingkas duduk di sisi Fiq. Riki menarik nafas panjang. Lepas ini dia perlu menyanyikan lagu untuk giliran yang seterusnya.
            “I mahu melamar Bella.” Fiq berbisik halus.
            Riki terkedu. Fiq tertawa kecil. Dia tahu Riki pasti akan terkejut.
            “Baguslah.” ucapnya perlahan. Dia toleh ke arah Isabella. Gadis itu turut memandang ke arahnya. Mereka  saling berbalas senyuman.
            “Riki! Lagu untuk I pula.” jerit salah seorang gadis di sebelah Isabella.
            “Okay-okay. I datang!” Riki bingkas bangun.

RIKI mengusap-usap cagiva kesayangannya. Dia menyarungkan helmet pada kepalanya. Dia yakin perlumbaan malam ini akan menjadi miliknya. Wang atau perempuan bukan pertaruhan yang dia inginkan. Dia sekadar mahu mencari keseronokan dan melupakan perasaan cinta yang saban hari mencengkam hatinya itu. Motrosikalnya sudah berada di garisan hadapan perlumbaan.
            “Riki! Stop It!” Entah bila Isabella berada di hadapan motorsikal Riki. Wajah Isabella seperti sedang menahan kemarahan. Ada air mata yang bergenang di dalam kelopak mata Isabella. Kehadiran Isabella telah mengganggu perlumbaan itu.
            “Siapa pula awek cun ni.” ujar salah seorang lelaki dalam kumpulan perlumbaan itu. Beberapa orang lelaki mengerumuni Isabella.
            “Don’t touch her! She’s my friend.” keras nada suara Riki. Riki terpaksa keluar dari perlumbaan disebabkan oleh Isabella. Dia tidak membiarkan Isabella diganggui oleh lelaki-lelaki tadi. Isabella adalah seseorang yang amat penting di dalam hidupnya.
            Riki menanggalkan helmet di kepala. Mata Riki merenung Isabella tajam. Bukankah gadis itu keluar bersama Fiq. Mengapa pula Isabella boleh tersesat di tapak perlumbaan ini dengan pakaian yang begitu eklusif.
            “Ambil helmet I ini. Sarungkan pada kepala you.” Riki hulurkan helmetnya kepada Isabella. Isabella menurut. Kemudian dia membonceng di belakang Riki. Pinggang Riki dipeluk erat.
            Riki…aku hanya mencintai kamu. Kenapa kamu sengaja tidak mengendahkan perasaan-
ku. Kenapa Riki? Kenapa? Isabella merintih sendiri.
            Riki menghidupkan motorsikalnya. Dia memecut meninggalkan tempat perlumbaan. Dia perlu berbicara dengan Isabella di tempat yang tiada sebarang gangguan. Otaknya berfikir ligat. Apakah Fiq melakukan sesuatu yang tidak elok kepada Isabella? Tidak mungkin! Fiq bukan lelaki seperti itu. Fiq tidak akan melukai gadis yang dia cintai.
            “Apa yang berlaku?” soal Riki sebaik saja dia membehentikan motorsikalnya di taman permainan kanak-kanak yang berdekatan dengan perumahan tempat tinggal Isabella.
            Isabella turun dari tempat duduk belakang. Dia menanggalkan helmetnya lalu diberikan semula kepada Riki. Isabella mengesat air mata yang menitis. Tanpa di duga dia menampar muka Riki. Riki tersentak.
            “Tidakkah you tahu perasaan I pada you, Riki!” getus Isabella.
            “Apa yang you merepek Bella.” Riki turun dari motorsikalnya. Dia cengkam bahu Isabella.
            “Jangan buat tidak tahu Riki! You tahu I cintakan you dan I tidak pernah cintakan Fiq. Kenapa you biarkan Fiq dekati I! Kini Fiq jumpa kedua orang tua I untuk melamar I!”
            Riki melepaskan cengkaman di bahu Isabella. Dia termangu seketika. Isabella mencintainy? Benarkah apa yang dia dengar dari bibir gadis itu? Fikirnya Isabella tidak punya sebarang perasaan terhadap dia.
            “I cintakan you Riki!” ulang Isabella.
            Riki menggigit bibir. Kini dia tersepit antara Isabella dan Fiq. Wajarkah dia mengkhianati persahabatan dia dengan Fiq? Perasaan Isabella atau Fiq yang perlu dia lukainya. Dia yang sentiasa menyokong Fiq untuk memikat Isabella. Dia yang berikan segala perihal Isabella kepada Fiq. Riki jadi buntu. Dia meraup rambutnya ke belakang.
            “I…I….I tak tahu nak kata apa Bella.” Tidak tahu ungkapan terbaik yang perlu dia luahkan pada Isabella buat masa ini.
            Isabella memaut jemari kasar Riki. Dia mahu Riki faham akan perasaannya. Riki menarik tangan dari pautan jemari runcing Isabella.
            “Riki…” gemersik halus suara itu memanggil namanya.
            Riki menggenggam erat kedua belah tangannya. Riki kau tidak boleh mengkhianati kepercayaan Fiq pada kau. Fiq tidak pernah membelakangi kau! Kau mesti menolak cinta Isabella! Mesti! Isabella bukan untuk kau! Dia adalah milik Fiq!
            “I minta maaf…I minta Bella. I tidak pernah cintakan you.” Riki merenung tepat ke dalam anak mata Isabella.
            “Liar!
            “I tidak cintakan you Bella. Pada I…you tidak lebih dari seorang sahabat!” Riki mengeluarkan kenyataan yang melukakan hatinya sendiri.
            “Liar! Liar! Liar! Please Riki! I tahu you cintakan I! I boleh lihat dari renungan mata you.” Air mata Isabella mengalir membasahi pipi gebunya. Riki berpaling. Air mata Isabella akan melemahkan dia. Dia telah buat gadis kesayangannya itu menangis.
            “Believe it! You akan bahagia bersama Fiq. Dia benar-benar mencintai you.”
            “You nak korbankan cinta I kerana Fiq. You mahu melarikan diri dari hakikat! Kenapa you mahu menjadi seorang yang pengecut Riki!” Isabella tidak tegar dengan jawapan yang keluar dari mulut Riki. Apakah cintanya boleh dijual beli?
            “I bukan lelaki yang layak untuk you. Lupakan I.” Riki menuju ke arah motorsikalnya. Seketika motorsikal berkuasa tinggi itu memecut laju.
            Isabella menekup mukanya. Teresak-esak dia menangis. Riki seorang yang penipu! Riki begitu mejaga persahabatan antara mereka. Riki sanggup terluka demi Fiq. Tapi tahukah Riki yang dia juga terluka dalam permainan cinta tiga segi ini.

RIKI tersenyum melihat Isabella yang berada di samping Fiq. Kemesraan yang ditunjukkan oleh Isabella sekadar ingin menimbulkan rasa cemburu di hati Riki. Dia menerima lamaran Fiq untuk menyakiti hati Riki yang berbohong pada perasaan sendiri. Riki tetap bersahaja. Perasaan bergelora di hatinya melihat kemesraan Isabella dan Fiq. Bukankah itu yang dia inginkan. Fiq pasti dapat membahagiakan Isabella. Mereka pasangan yang secocok pada pandangan semua orang.
            “You bila lagi.” Tuan Rashid menepuk bahunya. Riki tersenyum.
            “Siapalah yang mahukan lelaki macam I ini. I tidak sehebat Fiq.” Dia berlakon lagi.
            “Jangan merendah diri. You tidak ada yang kurang. You lebih tampan dari Fiq. I rasa you lebih padan bersama Bella.” Sepatutnya Isabella memilih Riki dan bukannya Fiq sebagai teman hidup.
            “Hahahahaha…mengarutlah you, Tuan Rashid.” Riki cuba berselindung di balik tawanya. Isabella mengerling gelagat Riki dari jauh. Dia jelas dengan perangai Riki. Tawa Riki itu seperti dibuat-buat. Sebaik saja Tuan Rashid beredar, Isabella lihat Riki menyapu air matanya. Bergegas lelaki itu meninggalkan majlis.
            “Maafkan I sebentar.”
            Riki mengetap bibir. Kenapa dia mengalir air mata. Bukankah dia yang rela hati melepaskan Isabella kepada Fiq. Dia sepatutnya bergembira melihat Isabella bersama Fiq. Dia tidak boleh berhadapan dengan Isabella dalam keadaan begini.
            “Riki!” suara halus itu membuat Riki memalingkan kepalanya.
            “Bella…”
            “You menangis..”
            “Hey! I lelaki mana boleh menangis. Mata I masuk habuk tadi.”
            “Alasan lapuk.”
            Isabella menarik pergelangan tangan Riki.
            “Bella…”
            “Kita bersemuka dengan Fiq. Kita beritahu dia hal yang sebenarnya.” lirih Isabella. Mengapa Riki masih berdegil?
            “Tak boleh!’ Riki menarik tangannya.
            “I tahu you cintakan I. Kenapa you nak korbankan cinta kita kerana Fiq?” bentak Isabella.
            “Tak boleh! I kata tak boleh! Jangan lukakan hati Fiq.” Riki menundukkan kepalanya. Dia tidak sanggup mahu memandang wajah mendung Isabella.
            “Fine! Kalau itu yang you mahukan. I akan berkahwin dengan Fiq!”
            Dan itulah kali terakhir mereka bertemu. Riki akan terus-terusan menjauhkan diri dari Isabella dan Fiq. Isabella jua tidak mahu bersua muka dengannya. Fiq pula mula keliru melihat hubungan Riki dan Isabella yang kian renggang. Riki melepaskan segala kekecewaan dia atas lebuh raya. Malah perletakkan jawatan sebagai arkitek di syarikat Tuan Rashid mengejutkan semua teman-teman sekerjanya.

Di malam akad nikah Isabella dan Fiq…

AHMAD Fiqri Bin Zainal Abidin dan Isabella Binti Mohd Zain. Kedua nama sahabatnya tertera di atas kad undangan perkahwinan itu. Riki memalitkan senyuman nipis. Dia masukkan kad tersebut ke dalam jaket kulitnya. Rokok yang berada di bibirnya di sedut hingga habis. Dia pernah berjanji untuk behenti merokok di hadapan Isabella. Janji itu hanya tinggal janji.
            Telefon bimbitnya bergentar. Nama Isabella tertera di atas skrin telefonnya itu. Berulang-kali panggilan dari Isabella bermain di telefonnya. Riki berkira-kira untuk mematikan talian telefon tersebut. Dia tiada kekuatan untuk bercakap dengan Isabella. Telefonnya berbunyi lagi.
            “Helo…” Riki bersuara.
            “Assalamualaikum…”
            “Waalaikumusalam…”
            Mereka senyap seketika.
            “I sudah menjadi isteri Fiq.” suaranya perlahan.
            “Tahniah pada kamu berdua. Berapa kali Fiq lafaz akad nikah depan tok kadi?”
            “Tiga kali.”
            Riki ketawa. Fiq pasti gemuruh ketika menyambut tangan tok kadi tadi. Itu yang berada di dalam fikiran Riki.
            “Kenapa you tidak hadir dalam majlis kami. Fiq asyik bertanyakan tentang you.” Isabella tahu Riki menyembunyikan perasaannya. Riki berpura-pura.
            “Sorry…”
            “You berlumba lagikan!”Isabella meneka.
            “Selamat pengantin baru Bella. I tidak dapat berikan coklat untuk you lagi. I minta maaf kerana melukai hati you. I love you.” Riki mematikan talian. Air matanya menitis. Dia sarungkan helmet di atas kepalanya. Mungkin malam ini adalah malam terakhir dia di atas lebuh raya ini. Riki bergerak di garisan perlumbaan. 
            Seorang gadis mengangkat sapu tangan putih ke atas. Riki memecut sebaik saja sapu tangan putih itu di lepaskan. Dia berada di hadapan pelumba-pelumba lain. Sakit di dadanya kian terasa. Kata-kata doktor masih tergiang-giang di telinganya.
            “Encik Riki…awak mengidap barah paru-paru di tahap kritikal. Saya tidak menjamin pembedahan akan menyelamatkan nyawa awak.”
Riki sudah lupa pada keadaan sekeliling. Dia tidak dapat menunggang dengan baik. Pandangan mata Riki mulai kabur. Motorsikalnya hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori besar. Riki dan motorsikalnya terperuk di bawah lori. Sebelum matanya terpenjam rapat…wajah Isabella menerpa dalam ruang mata Riki. 

SETITIS air mata jatuh membasahi pada gambar seorang lelaki yang sedang tersenyum sambil memeluk sahabat di sebelahnya. Di sisi mereka berdiri seorang gadis yang sedang erat memeluk buku. Wajah gadis itu agak kelakar kerana gambar mereka diambil secara spontan. Sebakul coklat direnung dengan pandangan tidak bermaya. Itulah coklat terakhir pemberian Riki yang tidak pernah disentuh Isabella.
            Riki…nama itu sentiasa terukir di bibir basahnya. Dia tidak dapat melupakan Riki meskipun sudah setahun Riki meninggalkan dunia ini. Tubuh Riki sudah dimamah oleh tanah. Isabella masih terkejar-kejarkan bayangan Riki. Dia merasakan seolah-olah Riki berada di sisinya. Dari kejauhan Fiq berpeluk tubuh melihat Isabella yang masih menangisi kematian orang kesayangannya. Sungguh dia tidak tahu Riki dan Isabella saling mencintai. Dia menjadi benteng antara mereka. Riki seorang yang pentingkan persahabatan. Kenapa Riki harus berahsia dengan perasaan sendiri? Kenapa Riki harus berahsia tentang penyakitnya? Bukah mereka bersahabat yang berkongsi suka dan duka bersama. Dia melepaskan Isabella atas permintaan gadis itu. Dan dia tidak menyesal berbuat sedemikian. Dia tahu Isabella perlukan masa. Masa itu akan merubah segala-galanya.
            Isabella bingkas bangun. Dia membawa bakul coklat itu ke dalam pelukannya. Desiran angin menyapu di wajah ayu itu. Dia seakan nampak bayangan Riki di situ. Isabella mendongak ke langit.
            “Riki…I always love you.” bisik hati kecilnya.
            “Bella!” Fiq menghampiri. Kali ini wajah Riki terpamer pada wajah Fiq. Isabella tersenyum.
            “Riki…” ujarnya lembut.
            “I hantar you balik.” Fiq memamut lembut bahu Isabella. Isabella anggukan kepalanya. Fiq sudah biasa Isabella memanggilnya Riki. Ada baiknya begitu. Dia akan sentiasa berada di sisi Isabella dan menjaganya.

Tamat       

                                       
 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates