Rintihan Kekasih

“RIA sayangkan Ary.” Kata-kata itu masih tergiang-giang dalam telinga Ary Zekry. Air mata lelakinya tumpah lagi. Teresak-esak dia menangis bagaikan anak kecil sambil memeluk bingkai foto seorang gadis. Jam tangan pemberian Suria sentiasa melekat pada pergelangan tangan Ary Zekry.

“Mengapa Ria tinggalkan Ary. Kalau Ria sayangkan Ary…Ria tidak akan tinggalkan Ary menanggung kesalahan begini.” Ary Zekry merintih pilu. Jika masa dapat diulangkan kembali dia akan menyayangi gadis bernama Suria itu tanpa berbelah bagi. Dia tidak sesekali mengkhianati cinta tulus Suria. Dia yang tidak tahu menghargai gadis sebaik Suria. Dia hanya tahu menyakiti gadis itu tanpa ada rasa simpati. Paling menyedihkan dia tidak pernah ikhlas mencintai Suria.

“Yang pergi tidak akan kembali Ary.” Entah bila Umi terpacak depan pintu biliknya. Umi aturkan langkah merapati anak tunggalnya itu. Diusap-usap lembut rambut Azry Zekry dengan penuh kasih sayang. “Bila dia sudah tiada baru Ary mahu menghargainya. Jika tidak Ary terus-terusan mempermainkan hati dan perasaan dia.” suara Umi. Kesal dengan sikap Ary Zekry.

“Maafkan Ary…umi. Ary menyesal umi. Ary benar-benar menyesal…” Ary Zekry menangis pilu.

“Menangis air mata darah sekalipun Ria tidak akan kembali Ary. Ria pergi dengan hati yang terluka. Terluka dengan cinta palsu Ary. Tapi percayalah Ria telah memaafkan Ary. Ary pasti lupa yang Ria punya hati yang tulus dan seorang yang pemaaf. Umi sedih kerana Ary menyakiti gadis sebaik Ria.” Umi juga tidak sanggup melihat keadaan Ary Zekry yang tidak sudah-sudah menyalahkan diri sendiri. Ary Zekry tidak lagi terurus. Makan dan minumnya terabai sejak pemergian Suria.Tapi apa yang berlaku adalah salah Ary Zekry sendiri. Ary Zekry yang tidak tahu menilai intan yang berada di depan matanya.

“Ria….” Wajah Suria terbayang di ruang mata. Otaknya ligat berputar menggamit kenangan lalu.

********************************************

“MAAF…..” ucap gadis yang melanggar bahunya itu. Gadis bertudung putih itu tunduk mengutip buku-buku yang berselerakkan atas lantai. Dia hanya memandang tanpa membantu gadis terbabit. Padanya gadis itu yang bersalah maka gadis itu yang patut mengutip semula buku-bukunya itu.

“Maafkan saya.” ucap gadis itu lagi. Dia hulurkan kesemua buku itu kepada Ary Zekry. Seketika Ary Zekry terpaku. Ayu juga raut wajah gadis itu. Kata orang sedap mata memandang.

Sekuntum senyuman dilirikkan kepada Ary Zekry. Tergesa-gesa gadis itu berlalu pergi.Ary Zekry aturkan langkah ke kaunter pembayaran. Sejak berpisah dengan Fiona diaSentiasa menyibukkan diri dengan kerja di pejabat. Masa lapangnya pula dihabiskan dengan membaca buku. Tidaklah dia terlalu memikirkan kekecewaan di hati akibat ditinggalkan Fiona. 

Bahagiakah Fiona mengahwini lelaki yang seusia dengan ayahnya itu? Fiona tentu menderita. Tapi apa boleh buat gadis itu terpaksa menerima pilihan orang tuanya. Ayahnya Fiona menanggung beban hutang yang banyak. Dan Fiona perlu berkorban. Mulianya hati Fiona. Sayangnya Umi tidak pernah lihat kebaikan hati Fiona. Umi asyik mengatakan Fiona perempuan tidak baik. Argh! Umi hanya pandang pada zahirnya saja.

“Encik ada MPH card?” Ary Zekry tersentak dari lamunan. Dia mengangkat kepalanya. Tertegun dia memandang gadis yang bersuara lunak itu. Bukankah itu gadis yang melanggar bahunya tadi.

“Maaf…” Ary Zekry tersenyum malu. Dia mengeluarkan sekeping kad berwarna merah dari dompetnya lalu dihulurkan kepada gadis terbabit. Sempat dia mengerling tag nama yang tergantung pada leher gadis itu. Suria…nama gadis itu Suria. Nama yang cukup indah. 

“Semuanya RM 150 sahaja. Ini member card encik.” Dia hulurkan semula kepada kad tersebut kepada Ary Zekry.

“Suria bermaksud matahari. Mengapa tidak letak Nur di depan nama awak? Nur Suria…bermaksud cahaya matahari.” ujar Ary Zekry sambil menyerahkan jumlah wang secukupnya ke tangan Suria. Suria tersenyum.

“Terima kasih. Datang lagi.” Dia serahkan buku-buku Ary Zekry dengan resit pembayaran sekali. Ary Zekry berlalu pergi. Suria hanya memandang langkah kaki lelaki itu. Dalam hatinya dia memuji lelaki itu sememangnya kacak dan bergaya.

SEJAK itu pertemuan demi pertemuan terjadi. Bagaikan ada jodoh antara mereka. Suria memberikan salam perkenalan kepada Ary Zekry. Dari seorang sahabat mereka menjadi kekasih. Bersama Suria…Ary Zekry dapat melupakan ingatan pada Fiona. Hidupnya yang agak malap disinari kembali dengan matahari. Umi juga cukup berkenan dengan Suria. Suria seorang yang ringan tulang dan pandai mengambil hati. Namun sayang seribu kali sayang, tidak sekelumit perasaan cinta untuk Suria di hati Ary Zekry. Cinta Ary Zekry hanya untuk gadis yang bernama Fiona. Suria hanya sebagai sandaran mengubat kesunyian di hatinya.

“Kau tidak patut buat Ria begitu Ary. Kau dah janji dengan dia tapi senang-senang kau mungkiri janji. Kau sudah memalukan Ria sekeluarga. Last minute baru kau nak batalkan pernikahan kamu.” Umi melenting. Tidak sampai hati dia mahu menipu Suria semasa di talian tadi. Suara gadis tenang dan langsung tidak ada nada marah bila dia pinta majlis pernikahan tersebut dibatalkan atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan. Semuanya atas kehendak anak bujangnya itu.

“Ary sayang dia tapi Ary tidak cintakan dia Umi.” balas Ary Zekry tanpa ada rasa bersalah. Punca dia bertukar fikiran disebabkan oleh kemunculan semula Fiona. Fiona kembali menagih cintanya. Tidak bahagia bersama lelaki tua yang dikahwininya biarpun punya harta melimpah-ruah. Fiona pinta perhubungan mereka yang terputus dijalinkan semula. Ary Zekry tanpa perlu berfikir panjang menjalinkan hubungan dengan Fiona tanpa pengetahuan Umi dan Suria. Malah dia sudah beberapa kali terlanjur dengan Fiona yang masih bergelar isteri orang.

“Habis mengapa kau beria-ia suruh umi meminang Ria dahulu kalau kau tidak cintakan dia. Jangan mempermainkan perasaan orang lain Ary. Ria itu gadis yang baik. Umi pun sukakan dia.”

“Ary bercinta dengan Ria sebab hanya untuk melupakan Fiona. Tapi Ary bukan betul-betul cintakan Ria. Ary cintakan Fiona. Ary minta maaf umi. Lagipun Fiona sudah kembali semula pada Ary. Ary tidak perlukan Ria lagi.”

“Ya ALLAH…kau dah gilakah Ary. Tergamak kau permainkan cinta Ria pada kau semata-mata kerana Fiona. Kau tahu tak Fiona itu sudah jadis isteri orang? Kau tahu hukumnya menjalinkan hubungan dengan isteri orang?” Umi mengurut dada.

“Fiona akan bercerai dengan Dato’ Baharom dalam masa terdekat ini. Lepas dia habis edah nanti Ary akan memperisterikan dia sama ada umi suka atau tidak. Ria juga tiada hak untuk menghalang Ary. Ary akan bertemu dengan Ria untuk memutuskan hubungan kami. Apa yang berlaku pada Ria selepas itu bukan menjadi soal pada Ary lagi. Terpulang pada dia nak meraung atau nak kecewa. Ary tidak pernah cintakan dia. Salah dia kerana mencintai Ary.” Nyata Ary Zekry sudah merancang segalanya.

Ada keluhan dari bibir Umi. Kecewa dengan cinta buta Ary Zekry pada perempuan seperti Fiona.

“Ary akan menyesal nanti!” Umi bingkas bangun memanjat anak tangga. Laju air mata Umi mengalir bila mengenangkan wajah Suria. Tidak wajar gadis sebaik Suria disakiti hatinya. Malu Umi mahu bersua muka dengan gadis itu nanti. Ary Zekry amat mudah membuat keputusan tanpa memikirkan perasaan di sebelah pihak Suria.

*************************************

“SAYA minta maaf bagi pihak anak saya. Saya telah memalukan Pak Dolah sekeluarga.” Umi menundukkan kepalanya. Ary Zekry yang duduk di sebelahnya langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan bersalah. Boleh buat muka selambanya.

“Kami dah maafkan. Mungkin Ria dan Ary sudah tidak ada jodoh.” balas Pak Dolah, ayah Suria lembut.

“Kami tidak simpan dendam atau benci dalam hati. Majlis yang tidak jadi kami gantikan dengan majlis makan-makan dan buat sedikit doa selamat. Kami tidak kisah apa yang orang akan mengata tentang perkahwinan Ria yang tak jadi. Apa yang berlaku itu adalah ujian dari Allah.” celah Mak Siti, isteri Pak Dolah.

Ketenangan yang terpamer pada wajah kedua orang tua Suria membuatkan Umi makin rasa malu dan bersalah. Fikrinya tadi kedatangan dia akan dicemuh dan dimaki-hamun. Namun sebaliknya pula yang terjadi. Dia disambut dengan layanan yang baik.

Suria muncul dibalik pintu. Dia mengukir senyuman melihat kehadiran dua tetamunya itu. Pantas dia menyalami Umi dan mencium tangan wanita itu. Dia masih tidak mengetahui tujuan kedatangan Umi dan Ary Zekry. Dia baru pulang dari pkcan membeli sedikit lauk-pauk dan sayur-sayuran untuk makan tengahari nanti.

“Langkah kanan betul. Umi dan Ary bolehlah makan tengahari di sini. Ria pergi masak dulu.” suara Suria tanpa mengesyaki apa-apa.

“Tak perlu Ria. Ary ada hal sikit nak bercakap dengan Ria. Boleh kita keluar sekejap?” Ary Zekry yang sejak tadi mendiamkan diri bersuara. Biarlah dia sendiri yang memberitahu Suria tentang perkara tersebut. “Boleh pakcik dan makcik izinkan saya bawa Ria keluar sekejap.”

Kedua orang tua Suria menganggukkan kepala. tiada riak risau pada wajah mereka. Mereka yakin Suria boleh menerimanya dengan hati yang tabah. Suria anak yang tidak cepat melatah.

“Sekejap ya.” Suria meluru masuk ke dalam biliknya. Seketika dia keluar membawa satu bungkusan berbalut hadiah. “Ayah…ibu…Ria keluar dengan Ary dulu.” ujarnya lalu mengikut langkah Ary Zekry.

Kereta Toyota Vios milik Ary Zekry behenti berdekatan dengan sebuah jambatan kecil. Dia melangkah keluar dari perut kereta diikuti oleh Suria. Mereka duduk di atas jambatan itu sambil mengayunkan kaki. Sungai yang mengalir bawah jambatan itu bersih dan jernih. Beginikah suasana kehidupan di kampung. Tiada asap atau habuk-habuk kotor seperti di Bandar. Udaranya segar.

“Ria….Ary tidak pernah cintakan Ria.” Tidak perlu bermukadimah. Lebih baik berterus-terang saja.

“Selama ini Ary memang tidak pernah mencintai Ria. Ria yang perasan sendiri. Ary terima cinta Ria pun kerana Ary nak lupakan bekas kekasih Ary dulu. Ary terlalu cintakan dia walaupun dia sudah jadi isteri orang. Ary batalkan pernikahan kita kerana dia. Dia sudah kembali ke sisi Ary semula. Dia segala-galanya pada Ary. Malah Ary dan dia sudah terlanjur.”

Tersentap Suria. Beristiqfar dia dalam hati. Rasa kecewa tetap ada. Rasa terluka juga tetap ada. Dia hanya manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Pengakuan Ary Zekry menghiris hati perempuannya.

“Zina dengan wanita yang berstatus isteri orang itu berdosa besar Ary. Hukum renjam sampai mati mengikut undang-undang Islam.” tutur Suria lembut. Hanya sekadar memberikan sedikit nasihat

“Aku bawa kau ke sini bukan nak dengar ceramah atau nasihat dari mulut kau! Kau tak perlulah nak tunjuk kau tu alim sangat Ria. Kadang-kadang orang alim ni lagi teruk dari aku! Lagi pandai berselindung!” Ary Zekry melenting. Dia sudah berengkau dan aku pada Suria.

Suria tersenyum. Ary Zekry sudah berubah. Lelaki ini bukan lagi Ary Zekry yang dia kenali sebelum ini. Dia bingkas bangun memeluk tubuh. Sejuk. Cuaca dilangit sudah menjadi mendung. Tanda-tanda hujan akan menyimbah ke bumi.

“Hubungan kita putus di sini. Aku mahu kau pulangkan cincin pertunangan itu. Kau tidak lagi layak menyarungkan cincin aku ke jari manis kau!” Ary Zekry menadah telapak tangannya. Suria tidak banyak bicara. Dia buka cincin pertunangan tersebut lalu diletakkan pada telapak tangan Ary Zekry.

“Siapa nama dia? Pasti dia gadis yang cantik.”

“Fiona. Kau memang tidak setanding dengan Fiona. Kau kolot!”

“Terima kasih kerana pinjamkan cinta Ary buat Ria walaupun hanya sekejap. Ria tidak pernah menyesal mencintai Ary.”

“Aku tidak pinjamkan cinta aku pada kau! Kau yang terhegeh-hegeh menagih cinta dari aku. Pada aku…kau cuma alat permainan aku je. Tempat untuk aku hilangkan kesunyian di hati. I’m so sorry Ria. Soal hati dan perasaan ini tidak boleh dipaksa-paksa.” Kejam sekali kata-kata Ary Zekry. Langsung tidak memikirkan hati dan perasaan Suria.

Suria memandang wajah Ary Zekry. Raut wajah bujur sirih itu tetap tenang meskipun hatinya terluka.

“Maafkan Ria kerana mencintai Ary.” Bungkusan kotak yang berbalut hadiah itu diberikan kepada Ary Zekry. Lelaki itu mengerutkan dahi. Lambat-lambat dia menyambut pemberian Suria itu.

“Hadiah birthday Ary. Selamat hari Lahir ke 27. Semoga ALLAH murahkan rezeki dan panjangkan umur Ary.” ucap Suria. Bibirnya tidak putus-putus mengukir senyuman. Ary Zekry termangu. Dia lupa hari ini adalah hari lahirnya yang ke-27 tahun. Suria mengingati hari lahirnya. Hari ini juga genap tiga tahun mereka berkenalan.

“Thanks.”

“Ria sayangkan Ary.” Itulah kata-kata terakhir yang Ary Zekry dengar dari bibir Suria. Kemudian mereka tidak lagi berjumpa. Ary Zekry hanyut dengan cinta Fiona yang penuh dengan noda.

**************************************

ARY Zekry bersujud pada yang Maha Esa. Menadah tangan memohon keampunan atas dosa dan kesilapan yang dia lakukan. Air matanya menitis mengenangkan dosa-dosanya pada TUHAN. Dia insaf. Dia lalai dan mengabaikan tanggungjawab pada TUHAN. Ary Zekry melipatkan sejadahnya. Kemudian dia rebahkan diri atas katil. Dia bersyukur kerana lumpur itu tidak terus membaluti tubuhnya. Fiona…nama gadis itu meniti pada bibirnya. Fiona hanya bermuka-muka. Cinta diperalatkan untuk melempiaskan nafsunya. Betul kata Umi. Fiona bukan gadis yang baik.

Ary Zekry melihat jam di tangan. Dia merengus kegeraman. Sudah pukul dua petang namun klien yang ditunggu masih belum tunjuk muka. Sudahlah malam tadi dia bersengkang mata menyiapkan design untuk klien terbabit. Dalam hati yang sedang panas dia terdengar gelak ketawa sekumpulan perempuan yang duduk di belakangnya. Ary Zekry mencebik bibir. Meriah sungguh kumpulan perempuan itu. Menonjol betul tawa mereka. Tak tahu malu!

“Bertuah you Fiona. Dapat suami kaya. Dah tu dapat pulak anak ikan yang kacak dan seksi. I macam tak percaya lelaki sekacak itu teman lelaki you dahulu. Jealous I tahu.”

Ary Zekry memasang telinga. Ah! Ramai perempuan bernama Fiona. Mana mungkin Fiona itu adalah Fiona kesayangannya.

“I bijak dan jelita pastinya I akan dapat keduanya sekali. Satu tempat I memperolehi kemewahan dan satu lagi tempat I memuaskan nafsu I.” Itu suara Fiona. Benar itu suara Fiona. Ary Zekry cukup kenal lunak manja Fiona.

“I respect dengan you Fiona. Lelaki itu percaya pulak bulat-bulat yang you akan bercerai dengan orang tua tu.”

“Bodohlah I kalau I berpisah dengan orang tua tu. Ary Zekry boleh beri apa pada I. Tempat I melempiaskan nafsu I bolehlah.” Fiona ketawa besar.

Sakit hati Ary Zekry mendengarnya. Ary Zekry bingkas bangun. Serentak itu dia bersemuka dengan Fiona. Tidak teragak-agak Ary Zekry melayangkan penampar pada muka Fiona. Berdarah bucu bibir Fiona.

“Perempuan sundal!” Tanpa membuang masa Ary Zekry berlalu pergi dengan hati yang bengkak.

Dia memutuskan perhubungan Fiona. Dengan Dato’ Baharom dia bersemuka. Segala-galanya diceritakan pada lelaki. Lelaki itu meradang dan hampir mahu membunuh Ary Zery. Lelaki mana tidak gila bila mengetahui isterinya berzina dengan lelaki lain. Ary Zekry sanggup dihukum. Teruk dia dibelasah dengan pengawal peribadi Dato’ Baharom sebelum dilepaskan. Apa yang berlaku pada Fiona dia tidak ambil peduli. Itu bukan masalah dia. Pandai-pandailah Fiona menanggung kesalahan sendiri.

Wajah ayu Suria menerpa. Dia berdosa pada gadis itu. Mempermainkan cintanya yang ikhlas dan tulus. Mahukah Suria menerima dirinya yang kotor ini? Suria pastinya akan menerima dia semula. Suria mencintainya. Cinta Suria akan diraih kembali. Ary Zekry bulat tekad untuk menjejaki Suria semula. MPH Bookstore. Suria mungkin masih bekerja di situ.

***************************************

“RIA tidak bekerja di sini lagi. Ria…” Wajah pengurus MPH Bookstore itu berubah. Nampak sayu sekali begitu jua dengan pekerja-pekerja di kedai buku itu.

“Ada sesuatu yang berlaku pada Riakah sampai dia behenti kerja? Mungkin pasal perkahwinan kami yang tak jadi tu.” Ary Zekry tampak hampa. Orang yang dicari tidak ditemui.

“Bukan begitu. Saya rasa mungkin ada baiknya encik pergi ke kampung Ria. Di sana nanti encik akan tahu.”

“Baiklah. Terima kasih.” Bergegas Ary Zekry bertolak ke kampung Suria di Perak. Bibirnya mengukir senyuman. Kali ini dia akan melutut untuk melamar gadis itu semula.

Terkebil-kebil mata Ary Zekry melihat orang ramai mengerumuni rumah Suria. Ada kendurikah? Atau majlis kenduri untuk perkahwinan Suria. Ary Zekry membuat andaian. Dia melangkah keluar dari perut kereta. Teragak-agak dia memberikan salam. Semua mata memandang ke arahnya. Salamnya berjawab. Wajah tua ayah Suria terpacul di muka pintu. Pak Dolah menjemput anak muda itu masuk ke rumahnya. Hairan…wajah penghuni rumah itu suram dan tampak sedih. Mereka menimbulkan tanda tanya pada Ary Zekry. Suria pula langsung tidak kelihatan.

“Ria ada pakcik?” Ary Zekry bertanya. Pak Dolah menarik nafas panjang. Tidak diduga sekali kedatangan Ary Zekry ke sini.

“Ria….Ria sudah tiada lagi Ary. Ria kemalangan ketika berada di Mekah mengerjakan Umrah. Jenazah Ria sudah selamatkan di kebumikan di Mekah atas permintaan Ria di saat akhirnya.”

“Ria seakan tahu Ary pasti akan mencarinya di sini kelak. Ada pesanan dari Ria buat Ary. Ria mohon maaf dari Ary sekiranya dia ada berbuat salah pada Ary. Dan dia mahu Ary tahu yang Ary tetap berada dalam hatinya untuk selama-lamanya. Dia sentiasa doakan kebahagiaan Ary di dunia dan akhirat. Ary…yang hidup pasti akan mati cuma kita tidak tahu bila masanya kita akan mati. Bersabarlah…ALLAH lebih menyayangi Ria.”

Lemah segala sendi lutut Ary Zekry mendengar perkhabaran yang disampaikan kepadanya. Pak Dolah menepuk-nepuk bahunya lembut. Air matanya merembes keluar. Suria pergi meninggalkan cintanya. Mengapa Suria pergi setelah cintanya bersemi dalam hati ini. Mungkin balasan TUHAN kerana mempermainkan cinta tulus Suria. Ria…maafkan Ary….

“RIA…………” Ary Zekry melaung nama Suria lagi. Ary Zekry kembali ke alam realiti semula. Umi memeluknya erat. Tiada apa yang dapat Umi lakukan untuk memujuk hati Ary Zekry, anak lelakinya itu. Saban hari Ary Zekry akan merintih dan menyebut-yebut nama Suria. Sudah tiga bulan Ary Zekry berkeadaan sedemikian rupa.

“Ya ALLAH…kau berilah kekuatan pada anakku ini.” Umi sentiasa berdoa dalam hati agar semangat Ary Zekry kembali pulih.

“Sampai hati Ria tinggalkan Ary…Kenapa Ria tidak tungggu Ary?” Ary Zekry merintih lagi. Perginya Suria memberikan kesan yang mendalam di hati Ary Zekry. Sukar untuk dia menerima permergian Suria walaupun jasad Suria telah lama dimamah tanah. Lebih perit dia tidak dapat menatap wajah Suria untuk kali terakhir. Seperti kata Umi menangis air mata darah sekalipun Suria tidak akan kembali. Sudahnya Ary Zekry meraung dalam pelukkan Umi.

Tamat……

1 ulasan:

sha purplegirls said...

sedih cite nie...:(

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates